PERSEMPADANAN BARU : MELAKA DAPAT 2 PARLIMEN?

Ada pihak meramalkan bahawa bakal mendapat 2 parlimen baru jika persempadanan baru kawasan pilihanraya dilakukan pada masa terdekat ini.
Salah satu parlimen baru tersebut ialah Hang Tuah Jaya yang baru dinaikkan taraf menjadi Majlis Perbandaran. Ianya meliputi sebahagian DUN Durian Tunggal, Ayer Keroh dan Bemban.
Ini bermakna Hang Tuah Jaya meliputi DUN Durian Tunggal, Parlimen Alor Gajah; DUN Ayer Keroh Parlimen Bukit Katil dan DUN Bemban dari Jasin.
Satu lagi kawasan parlimen mungkin melibatkan pemecahan Parlimen Tangga Batu dan Kota Melaka. Tangga Batu sekarang ini mempunyai DUN Klebang, DUN Pantai Kundor, Paya Rumput dan Sungai Udang. Manakala Kota Melaka mempunyai Telok Mas, Kesidang, Bandar Hilir, Duyong dan Kota Laksamana.
Ramai berpendapat pihak terbabit sudah tentu akan menambah seberapa kerusi Parlimen di Melaka kerana negeri ini adalah antara kubu kuat BN. Selain itu kawasan yang dikuasai oleh PR khususnya DAP mesti dipecahkan bagi membolehkan BN memenangi kerusi terbabit.
Seperti yang kita ketahui setiap 10 tahun sekali persempadanan kawasan pilihanraya akan dibuat dan ianya mesti diluluskan di parlimen.

Comments