PENJARA KITA PENUH DENGAN REMAJA?

Tindakan undang-undang akan dikenakan terhadap 8,000 daripada 38,000 pelatih baru Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) bagi kumpulan pertama tahun ini yang gagal mendaftarkan diri selepas tarikh tutupnya esok.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechik di Tuaran hari ini.

Kalau ditakdirkan semua yang terlibat itu bersalah dan tidak mahu membayar denda maka penuhlah penjara di negara kita ini dengan remaja yang kesalahannya kerana tidak mahu hadir kursus.

Saya mengharapkan pihak kerajaan dan PLKN mengkaji semula objektif dan matlamat program ini kerana terbukti ianya tidak menarik minat remaja untuk menghadirinya. Jumlah 8,000 orang bukannya jumlah kecil dan ini menunjukkan bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan program ini.

Comments