PECAT MAHASISWA : KERAJAAN KEBUDAK-BUDAKAN

Saya menyifatkan cadangan kerajaan untuk memecat pelajar yang terbabit dalam perhimpunan membantah mendesak demokrasi kampus dipulihkan sebagai kebudak-budakan.student protest 230110

Bagaimana sebuah kerajaan boleh bertindak demikian bila berhadapan dengan pelajar yang tidak terlibat pun dengan politik luar. Pelajar hanya menyuarakan hasrat mereka dalam ruang lingkup politik kampus. Mereka juga bertindak mengadakan himpunan aman setelah tuntutan dan memorandum mereka tidak diendahkan oleh pihak kerajaan.

Saya berasa pelik dengan cadangan itu, kerajaan seolah-olah ingin bermusuh dengan pelajar dan pada masa yang sama cuba mengajar pelajar dengan undang-undan g kuku besi dan drakonian iaitu mengugut dan mengongkong pelajar.

Apakah kerajaan mahukan pelajar dan graduan kita menjadi 'yes man' 'pak turut' seperti pemimpin Umno dan BN yang sentiasa takutkan ketua mereka. Walaupun ketua melakukan kesalahan ahli dan anak buah mereka tidak berani menegur dan bertindak menasihatkan ketua mereka.

Sepatutnya menggalakkan pelajar supaya pro-aktif berfikiran kritis dan berani menegur pemimpin dan pentadbir universiti. Selagi tindakan mereka tidak menganggu pelajar lain dan tidak ganas, mereka mestilah diberikan kebebasan untuk berkumpul secara aman.

Semalam 9 orang pelajar ditangkap kerana enggan bersurai pada perhimpunan aman anjuran di ibu negara.

Comments

LegendZ said…
"tangan-tangan ghaib"...