PASTIKAN PILIHANRAYA KAMPUS ADIL DAN TELUS

Sudah bertahun-tahun pilihanraya kampus dicemari dengan campurtangan pentadbir yang jelas memihak kepada kumpulan pelajar yang menamakan diri mereka pro-Aspirasi (pro-A). Semada secara jelas atau terlindung kegiatan pentadbir berat sebelah telah diketahui umum.
Malang sekali apabila pihak pentadbir bertindak sebegini kerana ianya seolah-olah mendidik pelajar-pelajar supaya membelakangkan undang-undang dan demokrasi. Kalau di menara gading pun pihak pentadbir berani berbuat demikian maka sudah tentu di institusi lain 'rakan-rakan yang sewaktu' dengan mereka sudah tentu melakukan perkara yang sama.
Musim pilihanraya kali ini nampaknya sikap berpihak ini tidak dapat dikikis. Pelbagai peraturan yang tidak masuk akal masih dikekalkan. Pelajar-pelajar pro-A dilihat mendapat layanan yang lebih baik dan mesra berbanding pro-Mahasiswa (pro-M).
Parti-parti politik khususnya Umno secara terang-terang membantu pro-A, malah ada pihak mendakwa Umno menyalurkan wang kepada pro-A.
Sebagai buktinya unsur-unsur rasuah mula disemai dalam kehidupan kampus dengan Umno memberi peruntukan sebanyak RM 20,000.00 kepada jentera penggerak Aspirasi UTHM," kata Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor, Zabidie Abas dalam suatu kenyataan medianya baru-baru ini.

Beliau berkata, pilihan raya kampus (PRK) yang dijalankan di Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) mutakhir ini didakwa telah tercemar menerusi campurtangan Umno sekali gus hal itu membangkitkan rasa kurang senang dalam kalangan pelbagai pihak.

Bagi saya cukuplah segala kejahatan dan penipuan yang dilakukan oleh pentadbir dan Umno ini. Marilah sama-sama kita bebaskan semua institusi dari kongkongan politik.

Comments

LegendZ said…
salam bang, mana sy punya link blog sudah hilang kah..??