MUHASABAH : IMAN TIDAK BOLEH DIWARISI

IMAN tidak boleh diwarisi. Iman perlu dicari. Iman harus dilalui. Iman mesti bersaksi. Iman adalah kehidupan dan perjalanan mengenal diri untuk mengenal Tuhan.

Jangan sangka kita anak Imam, anak ustaz dan sebagainya boleh mewarisi Iman dan amalan Bapa kita.

Jangan kita ambil mudah tentang mati tanpa iman dan perasan akan menikmati syurga akhirnya, malah yang paling celaka adalah tidak takut akan seksa neraka.

Allah menyuruh kita meminta hanya pada DIA. Jangan berasa malu untuk berharap dari DIA walau diri dikelilingi dengan dosa dan noda.

Sebaik-baik meminta kepada Allah adalah hidayah (diri, keluarga dan keturunan) keampunan, dipermudahkan rezeki serta mati dalam iman.

Pesan orang arifbillah, ruangkan masa sehari semalam dalam seminggu bagi beriqtikaf di masjid kerana itu adalah pembuka kepada pelajaran iman dan ilmu yang pertama.

Mstar

Comments