MESIR JADI HAMBA YAHUDI DAN AS

Bukan sahaja bercanggah dengan konsep persaudaraan dalam Islam, tindakan Mesir membina tembok keluli di sepanjang sempadan Mesir-Gaza juga dilihat sebagai tidak berperi kemanusiaan.
Ternyata kerajaan Mesir terus menjadi hamba Israel dan Amerika Syarikat. Tindakan mereka membina tembok ini sudah pasti akan menyukarkan umat Islam Gaza untuk mendapatkan makanan dan ubat-ubatan melalui sempadan kedua-dua negara itu.
Semalam barisan panel ulama Jordan mengeluarkan fatwa menyifatkan tembok keluli yang sedang dibina Mesir di sepanjang sempadan dengan Genting Gaza sebagai satu ‘jenayah’ dan menyeru umat Islam menghalangnya.

Seorang anggota gabungan Barisan Tindakan Islam (IAF), parti politik terbesar Jordan berkata tembok perkauman yang sedang dibina Mesir dengan kerjasama Amerika Syarikat (AS) dan Israel adalah sama seperti jenayah dalam penilaian Islam.

Mesir sebelum ini memberikan alasan bodoh menyatakan pembinaan tembok keluli berkenaan adalah satu ‘keputusan mempertahankan kedaulatan’ yang bertujuan menghalang penyeludupan dadah menerusi terowong di bawah sempadan yang digali secara haram dan digunakan untuk menyeludup bekalan dan senjata.

Ulama Jordan berkata, tembok itu akan ‘memburukkan lagi’ sekatan ke atas Genting Gaza dengan menghalang kemasukan bekalan makanan dan ubat-ubatan yang dibawa menerusi terowong rahsia.

Panel itu turut menyatakan, tembok itu akan menghalang penyeludupan senjata dalam perjuangan Hamas sekali gus membantutkan jihad menentang tentera Yahudi.

Comments

azreen said…
malaysia pun apa kurangnya..

pas hamba dap
umno hamba mca n gerakan