MALAYSIA AKAN JADI LEBIH MAJMUK PADA MASA DEPAN

Malaysia akan menjadi sebuah negara yang lebih majmuk pada masa depan. Sekarang ini kita kawan-kawan dari bangsa Tionghua, India, Iban, kadazan, melayu dan lain-lain yang menjadi rakyat negara kita yang lahir dan membesar di negara kita ini.
Sekarang ini kita dibanjiri pula oleh pendatang dari Indonesia, Bangladesh, Nepal, Pakistan, Vietnam, Afrika dan lain-lain. Mereka ini sudah pasti berusaha untuk terus menetap dan menjadi rakyat negara kita kerana mereka tahu mudah untuk mereka mencari rezeki di negara ini.
Maka sejarah akan berulang kembali. Semuanya gara-gara kerajaan mahukan pekerja asing bekerja di negara kita kerana alasannya rakyat negara kita tidak mahu bekerja atau tidak cukup pekerja. Akhirnya inilah bahana yang kita dapat di mana di serata negara kita sekarang ini dibanjiri oleh Pak Hitam, Mat Bangla, Mamat/Minah Indon dan macam-macam 'warna' lagi.

Siapa yang membenarkan mereka ini masuk kalau bukan kerajaan yang ada sekarang. Setelah mereka diberikan kebenaran masuk maka melimpah-limpah pendatang asing yang datang secara haram dan tidak mahu pulang. Jumlah mereka ini bukannya sedikit malah mencecah jutaan orang.

Jadi selepas ini Malaysia akan menjadi sebuah negara yang lebih majmuk dari yang ada sekarang.

Comments

Anonymous said…
Jangan ganggu warga asing yang ada di negara ini. Biarkan mereka membiak sebanyak mungkin. Tak cukup dengan bilangan yang ada kempen supaya ramai lagi yang datang. Tak cukup kempen dalam negeri hantar misi ke seberang laut untuk menarik lebih ramai lagi datang. Buka kaunter di negara-negara Asia, Afrika, Amerika Selatan dan Timur Tengah. Beri mereka insentif dan ganjaran. Permudahkan mereka mendapatkan status permenant resident. Warganegar Malaysiakan mereka. Pasti 1Malaysia akan bertukar kepada Malaysia No 1 Dunia. Jangan ganggu warga asing. Mereka adalah aset kepada 1Malaysia. Persetankan rakyat yang sedia ada. Mereka sudah tidak menyokong umnobn. Halang kemaraan PR. Jika Putrajya jatuh ke tangan mereka maka kiamatlah buat umnobn. Jangan ganggu warga asing. Biarkan mereka masuk dan membiak dan mendominasi setiap ruang kehidupan di Malaysia No1. Perhebatkan lagi kemajmukan 1Malaysia. Jadikan warga asing sebagai agenda mengekalkan kuasa umnobn. Pasti 1Malaysia akan terkenal ke seluruh pelusok dunia.Jangan halang mereka masuk. Kemasukan secara exodus akan menurunkan kadar jenayah kepada sifar, masalah sosial merudum, peluang pekerjaan meningkat, pelaburan dari luar meningkat by leaps and bounce, maka 1Malaysia akan menjadi sebuah negara yang aman, makmur, maju yang tiada tandingannya di dunia ini. I love Malaizee.