KOMEN DAN FEEDBACK

Saya mengucapkan berbanyak terima kasih atas komen-komen dan feedback dari tetamu blog ini. Untuk pengetahuan semua di peringkat permulaan memang saya membuka seluas-luasnya kepada para tetamu untuk membuat komen kepada artikel yang dimuatkan di dalam blog ini.

Namun selepas beberapa lama ruangan ini telah disalahguna dengan mengunakan nama saya untuk membuat komen. Berkali-kali saya memberikan amaran tetapi insan yang tidak bertanggungjawab itu menggunakan nama saya juga untuk membuat komen seterusnya.

Selain dari itu terdapat juga komen-komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan mencarut yang tidak sesuai untuk digunakan pada keadaan dan tempat tertentu.

Jadi untuk itu saya terpaksa menapisnya dulu. Maaf dipinta.

Sofi Wahab

Comments