KERETA 'DUCK' TAK LULUS PUSPAKOM?


Saya dimaklumkan bahawa kenderaan 'Duck' yang digunakan untuk membawa pelancong dari daratan ke dalam laut tidak mendapat kelulusan puspakom.
Kenderaan yang mempunyai 38 tempat duduk tersebut digunakan untuk perjalanan antara Porta de Santiago, Sultanate Palace, Independence Memorial Museum, Mahkota Parade dan Pulau Melaka38-seater yang memakan masa selama 45-60 minit.
Jika benar ianya tidak mendapat kelulusan dari Puspakom maka ianya sudah tentu tidak selamat untuk digunakan. Saya menyeru kepada syarikat berkenaan supaya memastikan kenderaan ini benar-benar selamat untuk digunakan kerana ianya amat merbahaya kepada keselamatan penggunanya jika ia tidak mematuhi spesifikasi puspakom.
Jangan nanti sudah berlaku kemalangan baru ini menyesal dan mengambil tindakan sewajarnya.
Kenderaan itu akan masuk ke dalam laut berdekatan Pulau Melaka dan menuju ke arah Pulau Besar untuk memberikan peluang kepada pelancong melihat masjid terapung iaitu Masjid Selat Negeri.
Kenderaan ini yang bernombor MBU 2009 dipunyai oleh Duck Ventures (M) Sdn Bhd. Syarikat tersebut telah menandatangani perjanjian dengan Perbandanan Sungai dan Pantai Melaka Sdn Bhd di Ayer Keroh pada tahun 2008 bagi memulakan program pelancongan tersebut.
Tiket berharga RM38 untuk dewasa dan RM22 untuk kanak-kanak manakala pelajar dikenakan RM28.

Manakala pakej RM100 dikenakan kepada sebuah keluarga dengan 2 orang dewasa dan 2 orang kanak-kanak.

Comments