KERA DIHUTAN DISUSUKAN ANAK DIRUMAH MATI KELAPARAN

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) akan melantik 100 kakitangan antarabangsa yang berkelayakan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) bagi mengekalkan ekosistem intelektual di institusi tersebut.

Naib Canselornya, Prof. Datuk. Ir. Zaini Ujang berkata, pelantikan kakitangan tersebut akan dibuat sebelum Jun ini.

Bagi saya tidak salahnya untuk kita melantik kakitangan yang hebat dari luar negara. Namun begitu sebagai rakyat Malaysia saya amat berharap supaya pihak universiti dan kerajaan mengutamakan rakyat Malaysia sendiri untuk mengisi kekosongan apa juga jawatan yang ada di mana-mana jabatan atau IPTA.

Setelah dipastikan tidak ada anak tempatan yang layak barulah jawatan kosong itu diisi oleh orang luar.

Harus diingat peratus pengangguran di negara kita masih tinggi dan ramai yang sekarang ini bekerja 'menanam anggur' (penganggur).

Pada tahun hujung tahun 2008 bilangan penganggur di negara kita mencecah lebih dari 300,000 orang.

Comments

Anonymous said…
ye dop demo gu... demo keno pikir hal nih dale2...jange dok politikkan semua bnda...last sekali ank cucu demo jgk hok merano...kito keno pikir gapo dio hok ahli akademik tu buat...buke sajo2...untuk pengiktirafan jgk...kawe masuk u tau benar kalu ore kito ngajar....

kalo ore luar negaro xiktiraf u kito...pahtu kato pemimpin hok tok amik cakno...pah bilo xabih gu wei... bnyok bnda hok kawe bace...hok benar kito keno ngaku benar..hok saloh kito keno ngaku saloh...jange tetapkan semuo bnda hok di malaysia ni salah...
kawe bkecek ni atas dasar kawe mahasiswa melayu! bnyk doh kawe bco blog...tok kiro pas ko, umno ko, pkr ko..masing2 nk jadi hero...walupon hakikat sebenar dio tu lah zero.....pikir2kan....