JADI AHLI UMNO BARU DAPAT KERJA?

Surat tawaran untuk bekerja di sebuah anak syarikat kerajaan negeri Melaka sudah diperolehi. Tetapi ada satu lagi syarat yang mesti dipenuhi ialah mereka mesti menjadi AHLI UMNO jika tidak surat tawaran itu akan ditarik balik.
Begitulah hebatnya negeri maju Melaka mentadbir syarikat milik kerajaan negeri. Syarikat milik kerajaan dijadikan seolah-olah milik Umno. Hendak bekerja di syarikat terbabit mesti ahli Umno, bercakap nada Umno, tindakan macam orang Umno, bernafas dengan bau Umno, tarik dan hembus nafas mesti ingat Umno. Malah darah pun kalau boleh warna merah kuning bendera Umno dan darah mesti cap dacing atau berlambang Umno.
Itulah nasib 40 orang pekerja baru sebuah syarikat milik kerajaan negeri yang dijadualkan memulakan tugas pada 1 Febuari ini. Tetapi sebelum mendaftar pada 1 Febuari ini mereka mesti menunjukkan bukti bahawa mereka ahli Umno jika tidak surat tawaran tersebut ditarik balik.
Kepimpinan syarikat dan kerajaan negeri seolah-olah menjadikan syarikat tersebut milik Umno. Hal ini sebenarnya sudah lama berlaku di negeri Melaka ini. Pimpinan Umno dan BN negeri ini sudah lama menjadi kerajaan negeri dan anak syarikat kerajaan negeri macam harta mereka sendiri. Apa sahaja yang mereka ingin lakukan mereka boleh buat sesuka hati bermaharajalela tanpa batasan dan rasa takut kepada Allah.

Tetapi saya ingin ingatkan diri saya sendiri bahawa kita tidak sentiasa muda dan berkuasa ada lagi Yang Lebih Berkuasa di atas sana. Suatu hari kita semua akan tua dan kuasa yang ada pada kita akan hilang. Yang kekal hanya 'rumah' beralamat No 2, Jalan Bawah yang dalamnya tidak lebih dari 6 kaki dan lebarnya mungkin 2-4 kaki. Semua kita akan menghuni rumah seperti itu. Jadi sebelum kita melakukan sesuatu perkara ingatlah .....insaflah .....marilah sama-sama kita takut kepada doa orang yang kena zalim ......

Comments

Anonymous said…
kat Perlis ni pon sama gak,sejak zaman shahidan kassim lg.masa tu Dr asri lom jd mufti lg antara panel penemuduganya.diaorang tanya ahli umno ke idak



suria
pipit said…
Salam, Dulu lagi memang mcm tu. Dulu zaman jahiliah aku pun pernah nk mintak kerja kat PAM, kawan aku suruh ulur duit sikit kat org PAM & kalau ada sijil keahlian AMENO lagi senang. Walaupun aku jahil masa tu, tak nak aku minta keje cara mcm sial tu baik aku berhijrah kat KL dari bg rasuah nk dapat keje..
Anonymous said…
lagi satu, kalau nak anak masuk sekolah berasrama penuh kena tunjuk kad umno!!!Tak payah 8A!!! Cibailah umnongok!!!


gibuk
Anonymous said…
La... dah nak kerja ngan Syarikat Umno... kena daftar ngan Umno la. Korang tau tak kat kelantan, kalau nak kerja ngan kerajaan kelantan, kena daftar jd ahli pas atau disokong oleh wakil rakyat pas. Dan satu lagi... baru2 ni ada la anak yatim nak mohon duit zakat utk masuk Universiti... pegi kat balai islam mintak borang, pegawai tu tanya "Bapak awak dulu umno atau pas". Budak tu jawab tak tau. Pegawai tu bagi borang dan suruh dia dptkan pengesahan wakil rakyat pas. Sama la tu PAS atau UMNO. Korang yang tak duk kat kelantan ni je tak tau. Kalau nak kerja ngan kerajaan negeri kena jadi ahli pas. Bodoh betul la orang yan tulis artikel ni. Saja nak mengapi-apikan orang tu. Dah parti yang berkuasa dinegeri tu, mesti la dia buat macam tu. Kalau ko yang berkuasa, takkan kau nak biarkan ahli parti lain masuk kerja ngan kau.
Anonymous said…
Cis kena approved dulu ke comment kat sini... bangang dan penakut betul la engko ni. Buat la comment open skit. Tak payah approve kalau kau rasa kau betul.
Pemerhati said…
Ini syarikat negeri.
Kalau pekerjanya tidak setia dgn majikannya macam mana nak jalankan tugas yg diamanahkan?
Tengok contoh kebanyakan Jabatan Agama adalah dikendalikan oleh orang2 PAS. Dalam keropok yg dijual pun ada minyak babi. JAKIM buat apa?