ISA MASIH MENCENGKAM

Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Tun Hussein semalam, mengesahkan 10 orang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana dipercayai terlibat dengan organisasi pengganas antarabangsa.
Jelas sekali undang-undang ISA yang berkuasa menahan sesiapa sahaja tanpa bicara masih mencengkam dan terus dipertahankan. Walaupun kerajaan melaung-laungkan untuk mengubah atau memperbaiki undang-undang drakonian ini tetapi ianya masih belum menjadi kenyataan.
Sampai bilakah undang-undang yang bertentangan dengan Islam ini akan digunapakai. Mungkin selepas kerajaan BN jatuh pada pilihanraya akan datang barulah ianya dihapuskan. Selagi ada BN, ISA sudah tentu akan ada kerana mungkin ada udang di sebalik 'mee' mengapa ia dikekalkan.

Sebagai rakyat Malaysia saya amat mengharapkan ia dikaji dan seterusnya dihapuskan dengan segera bagi memastikan hak asasi manusia di bumi Malaysia ini dipertahan dan didaulatkan. Undang-undang lain yang ada di negara tercinta ini sudah cukup untuk memastikan ketenteraman dan keselamatan negara kita.

Comments