HENTI SERANGAN KEPADA TUAN GURU, BUANG MASA SAHAJA

Saya mencadangkan kepada Umno dan media pengampunya menghentikan serangan kepada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana ianya membuang masa, tenaga dan idea. Malah silap langkah dosa kering sahaja yang mereka perolehi kalau serangan itu berunsur fitnah dan tuduhan tanpa bukti.
Kalau musuh beliau berniat untuk jatuhkan beliau melalui kaedah saya rasa lebih baik mereka hentikan sahaja kerana lebih banyak serangan dan fitnah dikenakan kepada beliau lebih kuat sokongan dan wala' rakyat kepada beliau.

Andaikata beliau benar-benar menyalahgunakan kuasa dan melakukan rasuah, musuh beliau tidak perlu membuat laporan SPRM dan menuduhnya di media kerana SPRM sendiri sudah tentu akan secepat kilat membuat siasatan. Tidak sempat menunggu siang hari SPRM sudah tentu akan datang siasat walaupun jam 3 pagi kerana SPRM memang cekap dan pantas kalau ada unsur-unsur rasuah dan khabar-khabar angin pemimpin PR melakukan perkara jijik tersebut. Musuh beliau tidak perlu gusar ......SPRM sangat cekap, professional dan pantas dalam hal ini (jika ia melibatkan PR).
Pendapat saya ini (sokongan kepada Tuan Guru) bukannya pendapat kosong malah 2 orang Professor Madya dari 2 IPTA tersohor iaitu UM dan UKM juga menegaskan perkara yang sama.
Malah kedua-dua cendikiawan yang berasal dari Kelantan itu sudah tentu faham dan masak dengan kecenderungan dan fikrah politik orang Kelantan.
Professor Madya Agus Yusof dan Professor Madya Abu Hassan Hasbullah semalam mendedahkan bahawa walaupun diasak hebat dengan pelbagai tuduhan penyelewengan dan nepotisme, PAS Kelantan dan menteri besarnya Datuk Nik Aziz Nik Mat masih menikmati tanggapan positif rakyat.

Agus berkata biar dalam PAS sendiri berpecah, tetapi imej kerajaan Kelantan tidak terjejas. Rakyat (negeri itu) takut bahawa ini semua mainan media.
Prof Dr Mohd Agus Yusoff, seorang pensyarah sains politik Universiti Kebangsaan Malaysia, juga berkata rakyat tidak merasakan Tok Guru beliau (Nik Aziz) bersalah.

Katanya lagi, ia tidak memberikan kesan besar jika hendak dibandingkan dengan penyelewengan lain (dalam negara) yang lebih besar.

Menurutnya dakwaan seperti Nik Aziz menerima kek bernilai RM500 ini akhirnya jadi bahan lawak sahaja.
Manakala Professor Madya Abu Hassan berpendapat asakan demi asakan terhadap kerajaan Kelantan tidak menggugat kepercayaan politik orang ramai kepada Nik Aziz apabila beliau masih meraih populariti berbanding pemimpin PAS lain.

Pensyarah kajian media itu juga berkata, data terkini menunjukkan bahawa sokongan terhadap Kelantan meningkat sebanyak 8 hingga 12 peratus (kepada 73.6 peratus) pada November lalu berbanding 63 peratus pada pilihan raya umum 2008.
Dr Abu Hassan, yang menjalankan tanggapan politik melalui pusat kajiannya Zentrum Future Studies, membuat kesimpulan tersebut berdasarkan tinjauan berterusan berhubung kepercayaan politik tokoh-tokoh politik yang dijalankan sejak pilihan raya lalu.

Comments