Setiap kali berlaku masalah maka pegawai dan agensi-agensi kerajaanlah yang dipersalahkan kerajaan dan pemimpinnya tetap tidak bersalah. Pegawai dan agensi-agensi kerajaan akan menjadi kambing hitam manakala kerajaan dan menteri tetap menjadi kambing putih (betul ke perumpaan ini!).
Ingat tak tentang isu penyelewengan PPRT dahulu, yang salah dan dituduh adaah pegawai-pegawainya, menteri terlepas hidup senang lenang. Kereta mercedez menteri juga di'tangkap' tetapi menteri tidak ditangkap. Itu sudah menjadi resam dan adat di negara kita.
Penyelewengan projek PPRT (Program Pembangunan Rakyat Termiskin) itu terbongkar apabila berlakunya pendedahan Menteri Kemajuan Wilayah dan Pembangunan Luar Bandar (KPLB) yang baru dan ianya dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara tahun 2000.
Kedua-dua laporan itu semacam mengesahkan secara jelas kira-kira RM40 juta peruntukan projek telah diselewengkan pada era bekas Menteri KPLB sebelumnya.
Isu ini dihangatkan lagi dengan tangkapan-ditahan reman tiga orang pegawai tinggi kerajaan Pusat yang bertugas di agensi KPLB (RISDA, KETENGAH dan IBU PEJABAT). Menurut laporan media, tiga pegawai tinggi itu mempunyai maklumat berhubung penyelewengan projek PPRT itu. Tetapi menterinya terlepas dan kerajaan juga tidak bertanggungjawab kepada masalah itu.
Begitu juga dengan isu terbaru berkaitan dengan kegagalan guru-guru lepasan IPTA, pemegang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sekolah Rendah) mendapat tempat untuk mengajar di sekolah-sekolah kerajaan. Guru-guru berijazah ini seakan-akan dianaktirikan sedangkan rakan-rakan lepasan Institut Perguruan (IPG) semuanya mendapatkan pekerjaan di sekolah-sekolah kerajaan.
Walaupun isu ini tidak berkaitan dengan penyelewengan dan salah guna kuasa namun ianya membuktikan kelemahan pihak terbabit.
Jawapan Kementerian Pelajaran mudah sahaja seolah-olah berlepas tangan. Timbalan Menterinya berkata Institut pengajian tinggi awam (IPTA) tidak sewajarnya menawarkan program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sekolah Rendah), memandangkan ia telah ditawarkan oleh Institusi Pendidikan Guru (IPG).
Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, penawaran program berkenaan di IPTA menjadi salah satu punca masih ada guru lepasan ijazah yang menganggur tidak mempunyai tempat di sekolah-sekolah rendah.
Katanya lagi, graduan program berkenaan dari IPTA tak boleh mengajar di sekolah rendah sebab kita sudah ada lulusan dari IPG. Graduan IPTA sepatutnya mengajar di sekolah menengah, tapi bila ambil opsyen ini susah hendak dapat tempat di sekolah rendah.
Katanya lagi, graduan program berkenaan dari IPTA tak boleh mengajar di sekolah rendah sebab kita sudah ada lulusan dari IPG. Graduan IPTA sepatutnya mengajar di sekolah menengah, tapi bila ambil opsyen ini susah hendak dapat tempat di sekolah rendah.
Persoalannya bukankah IPTA menawarkan kursus tersebut atas persetujuan kementerian Pelajaran dan kementerian Pengajian Tinggi.
Apakah kedua-dua kementerian itu tidak memantau kursus-kursus yang ditawarkan oleh IPTA sehingga IPTA boleh sesuka hati menawarkan apa juga kursus yang mereka mahu.?
Mengapa selepas kursus itu ditawarkan dan graduan sudah menamatkan pengajian mereka, barulah kementerian pelajaran dan kerajaan sedar akan hal ini.?
Mengapa ianya tidak dikaji dan tindakan drastik dan pantas tidak diambil bagi mengatasinya.?
Terbukti kerajaan, kementerian dan menteri serta pegawai-pegawainya lembap dan tidur sehingga para graduan menjadi mangsa.
Kita semua faham ramai dikalangan pelajar-pelajar yang memilih kursus ijazah pendidikan kerana menyangka kursus itu bakal menjamin pekerjaan bila tamat pengajian nanti. Namun semua itu lebur dan hangus lantaran kelemahan kerajaan, menteri dan pegawai-pegawai yang diberikan amanah.
Comments