DUN PERAK BUBAR SEBELUM 9 FEB?

Minggu lepas angin dikatakan bertiup kencang bahawa DUN Perak akan dibubarkan. Tetapi selepas itu angin tersebut berlalu dengan sendirinya. Namun hari ini perkembangan yang dinantikan oleh sekelian hamba rakyat negeri Perak terjawab apabila dilaporkan Mahkamah Persekutuan akan memutuskan pada 9 Februari depan kes pertikaian berhubung siapakah menteri besar Perak yang sah.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Dato Seri Muhammad Nizar hari ini.

Kini terpulanglah kepada pemimpin BN samada mereka ingin membubarkan DUN sebelum 9 Febuari atau sebaliknya.

Saya yakin jika keputusan mahkamah akan menyebelahi Nizar, sudah tentu DUN Perak akan dibubarkan oleh Zambry secepat tetapi sebaliknya jika Zambry dikekalkan sebagai Menteri Besar sudah tentu DUN tidak akan dibubarkan.

Ternyata walaupun BN mendabik dada bahawa rakyat sudah kembali menyokong BN tetapi mereka tetap takut untuk berhadapan dengan rakyat di mahkamah rakyat iaitu pilihanraya. BN sebenarnya takut kepada bayang-bayang sendiri.

Kita tunggu dan lihat apa keputusan mahkamah pada 9 Feb ini. Saya berpendapat Zambry akan kekal kerana satu dunia sudah tahu standard mahkamah di negara kita.

Rakyat Perak sudah lama teraniaya dengan tindakan BN merompak mandat rakyat yang diberikan kepada PR dan Nizar.

Rakyat semakin hairan mengapa begitu susah mahkamah membuat keputusan. Inilah padahnya apabila hak dan kepentingan rakyat dinodai oleh UMNO BN melalui rampasan kuasa tempoh hari.

Rakyat Perak tidak akan merasai ketenteraman, pegawai-pegawai kerajaan sentiasa dihantui masalah kerana bila-bila masa boleh bertukar boss (Menteri Besar). Mereka menjalankan kerja dalam keadaan tidak senang hati.

Pelabur luar tidak berani menangung risiko melabur di Perak kerana dibimbangi polisi kerajaan negeri akan berubah kerana kerajaan boleh bertukar bila-bila masa sahaja. Mereka bimbang dasar kerajaan dan perjanjian yang dimeterai tidak diiktiraf dan terbatal.

Inilah bahana dan bala akibat ketamakan BN/Umno yang mabuk kuasa.

Comments