DUN Perak akan dibubarkan. Begitulah ramalan pelbagai pihak. Itulah juga yang dimahukan oleh pimpinan PAS Perak.
Persoalannya betul ke PAS dan PR boleh menang dengan gerakerja yang kita lakukan selama ini.
Sila jawab soalan saya dibawah :-
1) Berapa banyak pengundi baru yang telah kita daftarkan sejak PRU 12 hingga sekarang?
2) Adakah wakil rakyat kita disenangi dan sering menyelesaikan masalah rakyat?
3) Adakah wakil rakyat kita mudah didekati dan mesra rakyat?
4) Adakah kita sudah mengenalpasti kecelaruan daftar pemilih di semua DUN?
5) Adakah kita sudah bersedia dengan jentera yang kuat?
6) Adakah kita sudah bersedia dengan segala strategi dan jentera untuk berhadapan dengan penipuan ketika pilihanraya
7) Adakah kita sudah cukup bersedia dari segi fizikal, mental, kewangan dan lain-lain?
8) Adakah kita sudah bersedia dengan strategi politik dan lain-lain khusus untuk berhadapan dengan Umno/BN?
9) Adakah kita sudah bersedia calon yang berwibawa?
10) Adakah kita sudah mengenalpasti senjata-senjata yang akan digunakan oleh Umno/BN untuk menyerang kita?
11) Adakah kita ..................
Comments