DR NOVANDRI KAWAN SAYA, CERMAT SIKIT BUAT TUDUHAN!!

Dr Novandri merupakan kawan lama saya semasa menuntut di utara tanahair dahulu. Mungkin beliau sudah tidak ingat kepada saya tetapi saya masih ingat dan kenal siapa beliau, ayah beliau dan dari mana asal usul beliau.
Saya tidak mahu mengungkit dari mana asal beliau kerana kita semua berasal dari Adam dan Hawa. Semuanya bersaudara ....tak gitu Doktor!!!!
Cuma tuduhan beliau bahawa blogger Aduka Taruna adalah ahli PAS atau digelar Blogger PAS ....itu kena cermat sedikit. Aduka Tarunan sendiri pun tak silap saya tidak pernah mengaku sebagai Blogger PAS. Sila check samada beliau sudah mendaftar sebagai ahli Kelab Blogger PAS.......yang ditubuhkan beberapa bulan lalu.
Tuduhan Dr Norvandri tidak berasas dan ianya sudah dijawab oleh blogger Alhusseyn (sahabat lama saya).
Satu lagi saya minta Dr Norvandri selidiki sejarah tentang kebiadapan Umno terhadap Raja-raja Melayu. Ini kerana Doktor mendakwa Umno tidak penah biadap kepada Raja-raja Melayu.
Bagi saya Umno memang tidak pernah biadap kepada Raja-raja Melayu TETAPI Umno pernah kurang ajar, zalimi, DERHAKA dan sebagainya kepada Raja-raja Melayu. Tidak perlu saya nukilkan di sini semua rakyat Malaysia tahu khasnya dalam isu pindaan perlembagaan menghadkan kuasa Raja-Raja Melayu.
Pimpinan Umno juga pernah membawa lari puteri Raja.......sila baca sejarah ................

Comments

Btree Jengka said…
Aduka pun dah mengaku tak pernah terlibat dengan PAS walau sebesar zarah