DEBARAN 9 FEB LEBIH HEBAT DARI GEMPA BUMI?

Ada pihak mendakwa debaran dan gegaran 9 Feb lebih hebat dari gempa bumi. Betulkah begitu? Pada hari itu akan ditentukan siapa Menteri Besar Perak yang sah setelah BN meragut kuasa rakyat tahun lepas.
Rakyat masih ingat dan tidak akan lupa kekejaman dan kerakusan BN merompak mandat rakyat yang diberikan kepada PR.
9 Feb juga bakal menentukan ketelusan sistem kehakiman negara kita. Rakyat akan menghormati sistem kehakiman jika ianya benar-benar adil dan dilihat adil dengan tidak menyebelahi mana-mana pihak. Rakyat tidak mahu tangan-tangan ghaib mempengaruhi keputusan mahkamah.
Sehingga ini banyak keputusan mahkamah yang dipertikaikan oleh rakyat. Kali ini rakyat mahukan suatu keputusan yang adil dan saksama dengan hujah-hujah yang bernas dan masuk akal. Mereka akan berpuashati jika keputusan itu tidak berpihak kepada mereka tetapi biarlah keputusan itu benar-benar professional dengan hujah dan fakta yang tepat dan masuk akal.
Semoga sistem kehakiman negara kita dihormati dan benar-benar memberikan keadilan kepada semua pihak.

Comments