BUATLAH APA SAHAJA SELAGI KAMU BERKUASA

Orang yang berkuasa boleh melakukan apa sahaja selagi mereka berkuasa. Samada mereka mabuk kuasa, tamak kuasa, gila kuasa atau menyalahguna kuasa itu kita tafsirkan sendiri. Pokoknya orang yang berkuasa boleh menggunakan kuasa sewenang-wenangnya tanpa batasan, sebab mereka berkuasa. Orang yang tidak berkuasa hanya mampu merayu dan memohon simpati dari orang yang berkuasa.
Peristiwa pembatalan tujuh calon pro-mahasiswa di Universiti Putra Malaysia (UPM) dibatalkan kemenangan mereka dalam pilihan raya kampus itu Selasa lalu menunjukkan bahawa orang yang berkuasa boleh melakukan apa yang mereka suka.

Pembatalan itu susulan mereka didakwa berkempen secara berkumpulan dan menggunakan Internet melalui laman sosial Facebook.

Semua mereka calon umum daripada 16 kerusi, mendapat surat memaklumkan pembatalan itu daripada Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM pada 6.40 petang semalam.

Calon-calon yang mendapat undi terbanyak di kerusi-kerusi berkenaan akan menggantikan kekosongan tujuh kerusi berkenaan.

Cuma saya nak ingatkan diri saya dan tuan-tuan dan puan-puan sekelian, kuasa yang kita ada di dunia hanyalah sedikit dan sementera sahaja jika hendak kita bandingkan dengan kuasa Allah S.W.T. Lambat laun kita akan mati dan berdepan dengan Allah. Kita akan diadili walaupun sekecil mana sekalipun kebaikan dan kejahatan yang kita lakukan.

Jadi berhati-hatilah bila kita menggunakan kuasa yang kita ada........!!!!!!!!!

Comments