BERIKAN KEBEBASAN KEPADA MAHASISWA

Saya menyokong saranan dan pandangan Saifuddin Abdullah yang mahukan pihak universiti bersikap liberal tidak mengenakan banyak peraturan terhadap penuntut yang ingin membuat awam di sudut pidato, kata Timbalan Menteri Pengajian Tinggi DatukSaifuddin Abdullah.

Sebaliknya mereka perlu mengggunakan kebijaksanaan dan kaedah terbaik bagi kewujudan semula sudut itu di universiti membawa perubahan positif penuntut khususnya dalam meningkatkan kemahiran pengucapan awam, katanya.

"Sudut pidato adalah platfom yang sesuai untuk melahirkan mahasiswa yang serta mempunyai kemahiran insaniah seperti berpidato dan berfikir kritis.

"Saya bimbang jika terlalu banyak peraturan dikenakan ini akan mematikan mereka dalam meluahkan pelbagai idea sekaligus melenyapkan minat mereka pengucapan awam," katanya kepada pemberita selepas merasmikan semula Sudut di perkarangan Kompleks Perdanasiswa Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Sudah sampai masanya mahasiswa diberikan kembali kebebasan seperti yang pernah diamalkan pada era 60-an dan 70-an dulu. Tidak ada gunanya kita mengongkong mahasiswa sehingga mereka menjadi jumud dan lemah serta tiada daya keintelektualan.

Mahasiswa juga dilihat lembap dalam memberikan idea dan pandangan serta cadangan kerana mereka telah sekian lama di kongkong

Comments