APA SUDAH JADI DGN PRO-M USM

Penamaan calon Pilihanraya Kampus di USM berlangsung hari ini. Sejumlah 39 kerusi akan dipertandingkan, tetapi diberitakan pro-M hanya meletakkan tiga calon. Setakat ini pro-Aspirasi sudah 17 menang tanpa bertanding.

Turut bertanding kali ini ialah enam calon bebas.
Apa sudah jadi dengan politik kampus USM. Kumpulan pro-M lemah longlai tidak bermaya. Di mana perginya 'waris-waris' sebelum ini. Apakah sudah tiada generai pewaris lagi.

Proses penamaan calon di UM, UKM dan USM berjalan dari jam 9 pagi hingga 12 tengahari, dan dari jam 9 pagi hingga 1 tengahari bagi kampus UTM.

Comments