Terbukti kerajaan masih sayang dan tetap mempertahankan akta ISA. Malam tadi Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein berkata kerajaan tidak akan teragak-agak menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap pihak yang cuba menimbulkan isu perkauman dan keagamaan yang lebih serius sehingga menjejaskan keselamatan negara.
Nampaknya kerajaan BN masih mahu mempertahankan akta drakonian ini yang boleh menahan sesiapa sahaja tanpa bicara. Di mana ianya jelas bercanggah dengan Islam dan Hak Asasi Manusia.
Nampaknya kerajaan BN masih mahu mempertahankan akta drakonian ini yang boleh menahan sesiapa sahaja tanpa bicara. Di mana ianya jelas bercanggah dengan Islam dan Hak Asasi Manusia.
Saya sebenarnya percaya bahawa akta dan undang-undang yang ada di negara kita selain ISA sudah lebih dari cukup untuk mendakwa dan menghukum setiap pesalah yang telah dibicara dan dibuktikan bersalah di mahkamah.
Dalam isu agama dan keselamatan misalnya kita mempunyai pelbagai akta dan undang-undang yang sesuai untuk membicara dan menghukum orang yang dituduh.
Comments