Realitinya, rakyat Malaysia masih inginkan Akademi Fantasia. Masih ramai yang datang mencuba nasib apabila uji bakat AF8 yang pertama diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Hampir 1,000 orang peserta yang menghadiri sesi uji bakat AF8 yang pertama baru-baru ini. Sambutannya sama hangat seperti tahun-tahun sebelum ini.
Orang ramai berpusu-pusu datang seawal 9 pagi untuk mendaftar. Pelbagai gelagat dapat dilihat, ada yang masih berlatih menyanyi ketika menunggu giliran, ada yang datang dengan alat muzik, malah ada yang membawa anak bersama-sama!
Apa yang mereka ingin kejar sebenarnya ..... kemewahan, populariti, kepuasan atau mungkinkah mereka mencari redha Allah.
Comments