6 NKRA APA YANG ADA RASA SEKARANG?

Enam NKRA yang dicanang oleh kerajaan BN 1Malaysia iaitu ialah :-
  • meluaskan akses pendidikan berkualiti ;
  • Mengurangkan kadar jenayah;
  • Memerangi rasuah;
  • Meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah;
  • Memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman dan
  • Menambah baik pengangkutan awam.

Meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti.

Pada pandangan anda sejauh mana ianya telah berhasil. Adakah anda yakin pendidikan di negara kita benar-benar berkualiti sedangkan ranking IPTA negara kita semakin merudum di persada dunia. IPTA terus dilihat 'berkonfrontasi' dengan pelajar dalam pilihanraya kampus yang mana ia menggambarkan IPT seolah-olah sama taraf dengan sekolah menengah.

Sekolah-sekolah di pedalaman negara kita masih kurang prasarananya. Rakyat masih terpaksa membayar yuran dan pelbagai bayaran lain berjumlah ratusan ringgit pada setiap kali sekolah dibuka. Sekolah-sekolah dikelas-kelas mengikut kategori tertentu di mana terdapat sekolah-sekolah yang seolah-olah dianaktirikan terutama sekolah agama dan sekolah agama rakyat.

Mengurangkan kadar jenayah

Saya yakin semua rakyat sedang berhadapan dengan situasi trauma dan takut dengan kadar jenayah di negara kita. Beranikan anda membiarkan anak anda berjalan seorang diri untuk ke kedai yang letaknya 100 meter dari rumah anda terutama waktu malam. Sudah berapa ramai kanak-kanak diculik, dirogol dan dibunuh di lokasi yang berdekatan dengan rumah mereka. Kejadian ragut, rogol, rompak, amuk, bunuh saban hari berlaku. Malah ada dibunuh secara kejam oleh keluarga sendiri. Malangnya pasukan keselamatan sering digunakan untuk mengganggu program-program ceramah dan demontrasi aman rakyat dan pelajar sedangkan mereka mempunyai tugas hakiki yang lebih penting. Berapa ramai pula pasuka cawangan khas yang ditugaskan semata-mata untuk tujuan memantau parti-parti politik bukan BN.?

Memerangi Rasuah

Sehingga kini rakyat masih melihat bahawa SPRM hanya serius dan pantas bertindak terhadap individu-individu dan pimpinan parti-parti PR berbanding dengan BN. Ada laporan yang dibuat bertahun-tahun terhadap pemimpin BN tetapi tiada tindakan. Beberapa pemimpin Umno jelas dibuktikan terlibat dengan rasuah ketika pemilihan Umno seperti Ali Rustam, Amid Nordin, Isa Samad dan lain-lain tetapi SPRM tidak pernah menyiasat mereka ini.

Meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah

Kerajaan dilihat tidak jujur dalam mengklasifiksikan status rakyat. Purata garis kemiskinan sepatutnya dinaikkan kepada RM1500 pendapatan sebulan bukannya RM750. Bayang apa yang rakyat boleh makan dengan pendapatan RM750. Terdapat juga kes-kes di mana rakyat miskin ini tidak mendapat bantuan sewajarnya hanya kerana mereka penyokong PR. Diskriminasi terus berlaku dan jika ianya berterusan maka hasrat untuk membasmi kemiskinan tidak akan dicapai. Masih ramai rakyat miskin dinegara kita.

Memperkasa prasarana di luar bandar dan pendalaman

Masih banyak kampung dan desa terutama di pedalaman Sabah dan Sarawak serta negeri lain-lain yang masih tidak mempunyai kemudahan air bersih dan elektrik 24 jam. Selain itu rakyat di kawasan itu masih menggunakan jalan tanah merah atau pengangkutan air untuk perhubungan mereka. Di harap kerajaan dapat memperbaiki keadaan ini dalam masa terdekat.

Menambah baik pengangkutan awam

Cuba tuan-tuan naik bas awam. Tuan-puan akan tahu 'performance'nya. 'Servis'nya macamana, waktu perjalanan macamana dan lain-lain.

Comments