PAKATAN RAKYAT MESTI BERANI

Sehingga kini PR masih belum mempunyai 'line-up' yang kemas dan 'documented'. Mengapa, mungkin PR tidak berani atau gagal mencari persefahaman.? Ini mesti diatasi segera jika PR benar-benar mahu meyakinkan rakyat.
Mengapa kita perlu takut untuk menamakan siapa pimpinan PR secara terbuka dan bertulis. Sebagai parti politik PAS, DAP dan PKR seharusnya berani untuk membuat keputusan dan tidak menunggu begitu lama untuk menyelesaikannya. Rakyat sudah lama menunggu dan mengharap ianya diselesaikan.

Siapa Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan sebagainya.? Masih menjadi tanda tanya!!!!
Bagaimana dengan struktur PR, keahlian, perlembagaan, perancangan dan lain-lain perkara penting.?
Jadi saya mengharapkan Konvensyen PR pada 19 Disember ini di Shah Alam dapat menyelesaikan semua persoalan dan diatas dan juga persoalan lain yang sama pentingnya.
Selagi perkara-perkara asas ini tidak dapat diselesaikan selagi itulah rakyat kurang yakin dengan PR.
Namun begitu kejayaan memerintah Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan serta Perak (1 tahun) membuktikan bahawa PR sebenarnya berjaya menjadi kerajaan yang lebih baik dari BN. Apatah lagi jika perkara-perkara asas di atas diselesaikan ......sudah tentu rakyat akan bertambah yakin.

Comments

Tepat dan betul tulisan ini.

Kita nak tahu "flow chart" Pakatan Rakyat.
Walaupon buat masa sekarang PR bukanlah kerajaan Malaysia ..ramai ynag tertanya tanya.
Siapa kah bakal Perdana Menteri dan para menteri sekiranya PR menbentuk kerajaan .

carta tersebut harus di adakan.
Ini akan memberi persaingan hebat tehadap bn.
Sebelum pergi berperang , harus berlatih sekarang.
Anonymous said…
saper la mamat dungu yg cakap ayat merapu nie.....
Anonymous said…
Harap-harap Agenda Negara Islam tidak diketepikan oleh Kerajaan Bayangan Pakatan Rakyat yang terbentuk nanti....