Lim Guan Eng tiada kaitan dengan kematian Teoh Beng Hock
Polis mahu menyiasat beliau kerana beliau membangkitkan sebab kematian Teoh, semasa berucap dalam Konvensyen Pakatan Rakyat.
Memang polis dah tak ada kerja.
Rakyat Malaysia bebas menyatakan punca kematian Teoh Beng Hock. Punca kematian Teoh masih belum terjawab.
Tidak salah sekiranya rakyat Malaysia menyatakan bahawa kemungkinan Teoh mati kerana dibunuh.
Kajian Pakar Malaysia dan Thailand menyatakan bahawa kemungkinan Teoh dibunuh itu wujud, cuma peratusnya saja yang berbeza. Ada 20 % ada 70%.
Kalau kita menyatakan bahawa kemungkinan Teoh mati dibunuh, mungkin kita percaya analisa yang 70% tadi.
Lebih baik percaya bahawa kemungkinan Teoh mati dibunuh daripada percaya kemungkinan Teoh mati terjun tingkap.
Paling tidak, kalau kita disiasat oleh SPRM, kita cari ruang yang jauh dari tingkap, atau bilik yang tiada tingkap.
Paling baik ditepi tingkap Ground Floor, terjun pun kita selamat, dihumban pun kita selamat.
Pergi le siasat benda lain. Banyak lagi kepentingan rakyat dan negara yang perlu disiasat.Adly Zahari - TPJ PAS Melaka
Comments
Maka dengan ini , Nazri pon patut di kena kan siasatan sebab kata Beng Hock yang bunoh diri.
Ketua polis Selangor memang tak boleh pakai dan tidak telus.