HARAMKAN AKHBAR UTUSAN MALAYSIA

Saya menggesa pihak berkuasa mengharamkan akhbar Utusan Malaysia kerana terbukti ianya terus menerus memainkan isu perkauman dan agama untuk kepentingan tuannya iaitu Umno. Dalam isu peruntukan pembinaan masjid dan rumah ibadat yang diutarakan oleh Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming di parlimen baru-baru ini, media sekali lagi memutar belitkan fakta.

Nga bukannya mempersoalkan jumlah peruntukan untuk membina masjid tetapi beliau memohon supaya peruntukan bagi membina rumah ibadat lain ditingkatkan. Itu permintaannya bukannya beliau mempertikaikan mengapa peruntukan membina masjid terlalu banyak. Terpulang kepada kerajaan untuk menimbang permintaannya atau tidak.
Terbukti Utusan Malaysia sengaja memutarbelitkan isu ini supaya DAP dan Pakatan Rakyat dilihat ant di Islam dan anti Melayu. Seperti biasa Utusan sengaja mencari peluang dan ruang untuk memburuk-burukkan imej PR di mata rakyat.

Sesungguhnya tindakan Utusan memutarbelitkan isu ini boleh membangkitkan rasa kurang senang dan tidak puashati orang Islam kepada DAP yang seolah-olah dilihat anti Islam. Sentimen yang dimainkan oleh Utusan amat berbahaya dan boleh memecahbelahkan rakyat kerana orang Melayu akan memandang serong terhadap DAP yang sememangnya sering dilabel sebagai parti perkauman Cina.

Sekali lagi saya tegaskan supaya pihak berkuasa mengharamkan Utusan Malaysia kerana sikap biadap mereka memainkan api perkauman dan isu agama yang sensitif. Adalah diharapkan pihak berkuasa tidak berat sebelah dalam isu ini kerana jika Harakah, Suaran Keadilan, Siasah atau media seumpamanya tersalah lapor atau didakwa memainkan isu sensitif sepantas kilat pihak berkuasa bertindak tetapi sebaliknya berdiam diri jika ianya dilakukan oleh media pengampu BN.

Comments

Tidak perlu untuk haramkan surat khabar tersebut.
Kalau haramkan akbar tersebut, perlu juga haramkan rtm dan tv3 suku.
Walaupon ianya terpesong , berbelit belit, api api kan perkauman, berita tidak tepat , dan tiada nilai moral.
Kalau betul diharamkan juga, kasihan..ramai pekerja akan hilang kerja.Kroni umno juga ada anak dan bapak yang perlu makan.

Kita tak harus ikut perasaan hati demi benci akbar dan kumpulan tersebut.
Rakyat dah tahu berita mana yang bolih diterima dan berita mana yang saheh.
Kian hari kian ramai yang bacha berita dari internet.
Ramai penyokong bn dah geleng geleng kepala bila dapat tahu berita yang betul , yang logik , dan dah mula berjauhan dari bn.
Jualan akbar cara lama atau cara tradisional sudah kian merosot.

PR chuma harus perbaiki cara penyampaian berita , perlu ada hati yang tabah dan tekun berusaha jaya kan Pakatan Rakyat yang berdisiplin dan kuat mentaliti.
Anonymous said…
Siapa pihak berkuasa nak haramkan Utusan yang PRO kerajaan. Malah kerajaan akan sokong lagi ada. Terima lah hakikat bahawa "Barang siapa menyokong membabi buta Kerajaan 1Malaysia, maka selamat lah hidupnya di dunia dan akhirat. Malah harta akan bertambah dengan cara apa sekalipun. Sebaliknya orang yang BENAR akan terus dihukum dan diseksa sehingga ke akhir hayat."

Ini lah yang berlaku di MALAYSIA sekarang!!!!!!!!