ENJIN JET HILANG, KERETA HILANG APA LAGI AKAN HILANG

Kalau sebelum ini kita dikejutkan dengan penggunaan bom C4 yang digunakan tanpa 'tauliah' (boleh hilang dari stor), hilang Pulau Batu Putih dan baru-baru ini negara kehilangan enjin jet, semalam kita tersentak lagi apabila diberitakan kereta Perdana V6 kerajaan negeri BN sebanyak 3 buah pula hilang.
Apa nak jadi dengan kerajaan BN samada pusat atau negeri banyak barang berharga di bawah jagaan mereka hilang? Hatta barang dalam kelambu sendiri pun boleh hilang. Tidak kira barang keselamatan, barang pengangkutan dan tanah serta pulau semuanya hilang.

Kita takut nanti negara kita pun hilang kerana digadai oleh BN. Oleh itu rakyat perlu mengambil iktibar dari kelalaian dan kelemahan kerajaan BN.

Jangan ulangi kesilapan mengundi BN untuk dijadikan kerajaan pada Pilihanraya Umum ke 13 nanti. Kita takut nanti negara kita akan hilang dari peta dunia dan kerajaan berdaulat kita pupus.

Comments

Kereta YB Khalid Samad pun hilang..

berita kat sini..

http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2009/12/hilang-lagi-kali-ini-kereta-khalid.html
Anonymous said…
segala-galanya sudah dikoperat dan disuastakan termasuk industri mencuri dari golongan elit berpendidikan tinggi, negara telah mencapai taraf terbaik dunia!!
Yeob said…
Perak hilang.... he he
LegendZ said…
maruah BN akan hilang..sebab tu byk negeri dan DUN BN hilang di tangan Pakatan..tapi ada satu je tak hilang..RASUAH
SambalBilis said…
banyak lagi yang telah hilang...bahan bukti penting dalam simpanan polis di johor bharu dulu pun boleh hilang.

Data kemasukan Altantuya dan keluar masuk Bala pun boleh hilang...

Cuma nak tunggu puak-puak gerombolan ni hilang lenyap dari muka bumi malaysia ni pulak...lambat lak nak tunggu yang ni
Anonymous said…
kerna terlalu memandang kuman seberang laut..gajah depan mata terus tak kelihatan..PAS terus-terusan menghina sesama ummat sedangkan isu dalam kain makin membusuk..isu Nik Aziz anak beranak, sibuk agihan kerusi, pemecatan HAssan Ali..sedang membelenggu PAS..apakah ini bukan kerja Anwar yang cuba melumpuhkan PAS bagi memastikan sokongan kepada PKR mekin menokok..kelicikan Anwar telah terserlah dan dibuktikan lagi dengan isu-isu yang terus membungkam dalam PAS..angkara siapakah ini kalau tidak Anwar yang licik itu..ruginya siapa.. PAS..tapi orang macam Sofi Wahab ini tidak akan sedar kerana ia adalah sebahagian agenda Anwar
Kalau kereta hilang , ni susah nak cakap.Tak munkin kereta dijaga 24 jam dan Malaysia memang banyak pencuri motor dan kereta.Besi longkang pon tak selamat.

Alat dan jentera tentera yang di jaga rapi olih soldado bersenjata lengkap bolih "hilang" .
Ini lah runsing.
Ini ialah barah .
Barah ini ialah barah rasuah.
Barah rasuah islah barah negara.

Cara ATM jaga hartabenda mereka itu tidak baik dan tidak cekap.
Kalau cekap , walaupon di curi , walaupon dibolosi akan disedari dengan pantas.
Ingat tak kapal tldm yang terbakar.
Ia di bakar dua kali !
Dan tuduh bahawa kapal dah 40 tahun dan senang terbakar!
Ini tak masok akal.
Walaupon kapal dah berumur 40 tahun tapi di sengara dengan baik dan litar wayar dah di tukar bahru.
Anonymous said…
Dahlah sofi, apa hang buat kat melaka?Tak nampak program Lujnah Penerangan PAS Melaka.