TAULIAH PERLEKEHKAN ILMU ULAMA?

Secara peribadi saya memang tidak bersetuju dengan peraturan bahawa guru-guru agama memerlukan tauliah untuk mengajar. Mengapa saya tidak bersetuju?
  • Menghalang penyebaran ilmu dengan meluas kepada rakyat
  • Tidak mengiktiraf ilmu para ulama' yang lulus dari Al Azhar, Madinah, IPTA tempatan dan lain-lain
  • Menyebabkan berlakunya kekurangan kelas-kelas agama dan ilmu kerana kurang tenaga pengajar
  • Ulama'-ulama terkenal dan tinggi ilmu serta hebat penyampaian tidak dapat mengajar, manakala ustaz yang ada tauliah tidak hebat cara penyampaian dan ceramahnya.
  • Minat orang ramai kepada kelas-kelas ilmu berkurangan kerana kurangnya kelas agama, ustaz yang menyampaikannya tidak hebat, penakut dan tidak menarik penyampaiannya

Bagi saya jika alasan pemantauan dikatakan menjadi penyebab mengapa tauliah diperlukan ianya tidak boleh diterima 100 % kerana orang ramai yang mendengar ceramah dan kuliahnya boleh memantau dan melaporkan kepada pihak berwajib jika terdapat sebarang keraguan dan percanggahan dengan Islam.

Lebih teruk lagi para ulama dan mufti juga perlu mendapatkan kebenaran daripada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) terlebih dahulu sebelum dibenar menyampaikan ceramah agama ataupun khutbah di negeri ini walaupun mereka menerima pengecualian tauliahnya. Mufti pun dikawal dan diselia. Apakah ilmu beliau tidak diiktiraf. Jika demikian mengapa pula beliau dilantik menjadi mufti.

Semalam Pengarah Jais, Datuk Muhammed Khusrin Munawi berkata pengecualian tauliah kepada mereka yang ingin mengadakan ceramah atau khutbah di Selangor hanya diberikan kepada golongan tertentu antaranya ulama, mufti negeri, jawatankuasa fatwa, hakim mahkamah atau pendaftar mahkamah syariah serta menteri atau exco yang bertanggungjawab dalam hal-ehwal agama Islam.

"Memang ada pengecualian syarat tauliah diberikan kepada individu tertentu tetapi untuk menyampaikan khutbah atau ceramah di Selangor, mereka yang dikecualikan juga perlu mendapatkan kebenaran daripada Jais, bukannya boleh terus buat begitu saja.

"Bagi penceramah bebas, mereka tidak tertakluk kepada pengecualian ini dan perlu mendapatkan tauliah daripada Jais," katanya ketika ditemui pemberita pada persidangan DUN Selangor di Shah Alam semalam.

Peraturan ini sebenarnya bagi saya telah mengekang perkembangan ilmu Islam sejak sekian lama. Begitu banyak masjid dan surau yang tidak menganjurkan program ilmu kerana masalah kekurangan tenaga pengajar. Ustaz-ustaz yang lulus Al Azhar, Jordan, Madinah, IPTA dan sebagainya yang jumlahnya ramai tidak dipanggil atau dibenarkan memberi kuliah atas alasan tiada tauliah. Akhirnya masjid dan surau sunyi sepi kosong tiada roh ilmu Islam.

Comments

Amin007 said…
surat tauliah tu macam mana yer?
kalau gitu usrah ke tabligh ke atau apa-apa aktiviti bentuk agama kena dapat kelulusan dari jais lah.

payah kalau macam tu. nak ajar anak sendiri kena ada tauliah huhuhu