SIAPA JUAL AGAMA UNTUK POLITIK?

"Mungkin dia (Nik Abdul Aziz) lebih merupakan seorang tokoh politik dan menggunakan agama untuk tujuan politik... jual agama untuk kepentingan politik. Ini (kenyataan tersebut) sesuatu yang tidak boleh kita gambarkan,".
Itulah tuduhan Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin kepada Tok Guru Nik Abdul Aziz yang disiarkan oleh salah sebuah media pengampu BN hari ini.
Hebat sungguh Muhyiddin sehingga berani menuduh Tok Guru menjual agama untuk politik.
SIAPA SEBENARNYA YANG MENJUAL AGAMA UNTUK POLITIK.?
SIAPA SEBENARNYA YANG MENGGADAIKAN ISLAM SEHINGGA ISLAM DIHINA DI MALAYSIA SEKARANG?
Saya ingin mengajukan soalan kepada Muhyiddin dan pelawat blog saya ini agar mereka sedar siapa yang menjual agama dan menggadaikan agama.
1. Parti mana yang meletakkan agama sebaris dengan Biro Pertanian, Biro Tugas-Tugas khas dalam parti mereka?
2. Parti mana yang hanya menggunakan agama untuk tahlil, nikah kahwin, cerai berai, doa makan, doa buka majlis dan sebagainya.?
3. Parti mana yang anggotanya mempersendakan agama sehingga ramai yang tidak menutup aurat, bercampur gaul lelaki wanita dan sebagainya.?
4.Parti mana yang hanya menggunakan Al Qu'ran untuk musabaqah bukannya dijadikan rujukan dan perlembagaan?
5.Parti mana yang tidak menjunjung hukum Islam sebagai undang-undang dan matlamat perjuangan.

SIAPA YANG SEBENARNYA MENJUAL AGAMA, MENGGADAIKAN AGAMA DAN MELETAKKAN AGAMA DITEMPAT YANG HINA.

Comments

Anonymous said…
Kita perlu dengar kata Mahayudin, tapi jangan percaya kerana semua tahu UMNO mempolitikan segala benda yang ada dalam dunia ini. Subsidi dipolitikkan dengan memberikannya kepada ahli UMNO sahaja. Bina jambatan pun dipolitik dengan menyatakan ia dibina oleh Kerajaan Barisan Nasional yang ditarujui oleh UMNO. Buar gagasan satu Malaysia pun dipoltikkan dengan menyatakan itu tajaan UMNO.
Semua benda yang kerajaan buat telah dipolitkkan oleh UMNO.
Unknown said…
Salam tuan blog,
Kalau Tokguru gunakan agama untuk politik,tokguru tak akan tutup pusat2 judi dan kedai2 no ekor di kelantan,sebab bila tutup pusat judi dan no ekor sudah tentu kerajaan negeri tak dapat kutib hasil cukai dari perniagaan itu,dan sudah tentu tokey judi dan kaki juti takakan undi Pas lagi.

Tapi Tokguru tak kisah walaupun x dapat kutib hasil cukai judi atau x dapat undi asalkan islam dpt di laksanakan dan lepas dari dosa.

tapi kerajaan umno terus menambahkan lesen2 judi kat malaysia sebab nak kutib cukai judi.siapa yg guna agama untk politik sebenarnya.
Unknown said…
Tentulah UMNO!UMNO petualang agama,bangsa&negara!