Nampak jelas pertentangan antara kumpulan Ong Tee Keat-Chua Soi Lek dan Liow Tiong Lai semakin hebat. Kedua-dua kumpulan tidak duduk diam cuba meraih sokongan dari akar umbi.
Liow mendakwa bahawa keputusan sesi dialog MCA di Kuala Lumpur semalam yang menyokong Pelan Perpaduan Menyeluruh, tidak menggambarkan pandangan keseluruhan akar umbi.
Beliau berkata, keputusan tersebut hanya dibuat oleh sesetengah pemimpin parti dan bukannya disuarakan oleh perwakilan.
Manakala Ong-Chua mendakwa 620 perwakilan bahagian-bahagian yang hadir pada taklimat semalam sebulat suara menyokong pelan perpaduan dan mereka juga tidak akan hadir pada EGM 28 November ini yang diadakan oleh kumpulan Liow.
Chua Soi Lek berkata Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) kedua yang dipanggil pada 28 November ini adalah tidak sah.
Pelan damai atau perpaduan seolah-olah menjadi pelan perang.

Chua berkata, mesyuarat tersebut dianggap tidak sah kerana usul-usul yang akan dibawa dalam EGM itu bercanggah dengan perlembagaan MCA.
Siapa yang betul dan siapa yang salah, tidak diketahui. Masing-masing mendakwa mengikut perlembagaan parti. Kemelut ini akan berlanjutan dan berpanjangan tidak dapat dipastikan bila akan berakhir.Pelan damai atau perpaduan seolah-olah menjadi pelan perang.
Comments