NIZAR VS ZAMBRY : BILA NAK 'SETTLE'?

Keputusan Mahkamah Persekutuan tentang siapa Menteri Besar Perak yang sah masih tertungggu-tunggu. Semua pihak masih menunggu dengan debar keputusan Mahkamah tersebut. Mengapa begitu lama masa yang diperlukan untuk memutuskan suatu keputusan yang sangat penting tersebut.
Bagi saya semua pihak Insya Allah akan menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka kerana tidak ada gunanya kita ingkar kepada keputusan mahkamah walaupun banyak pihak mendakwa mahkamah di Malaysia amat diragukan ketelusan dan keadilannya.
Namun begitu kita tidak ada pilihan lain selain mendapatkan khidmat mahkamah ini bagi menyelesaikan apa juga kemelut.
Tetapi terdapat lagi satu cara untuk menyelesaikan isu ini dengan cepat, pantas dan menggembirakan semua pihak iaitu bubarkan DUN dan biarkan rakyat menentukan siapa yang layak menjadi kerajaan dan Menteri Besar, tidak perlu tunggu keputusan mahkamah.
Saya juga tidak yakin dengan penerimaan kedua-dua pihak tentang keputusan mahkamah nanti. Akan ada pihak yang tidak berpuashati dan tidak memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pentadbiran negeri nanti. Yang pasti Sidang DUN sudah tentu akan terus caca marba kerana masing-masing mempunyai kerusi yang sama banyak cuma bezanya BN ada 3 kerusi Bebas yang menyokong mereka, sedangkan kerusi solid mereka hanya 28 kerusi sama dengan PR.
Jadi mahu tidak mahu saya cadangkan jika Zambry diisytiharkan sebagai Menteri Besar yang sah maka elok kiranya beliau membubarkan DUN dengan perkenan Ke Bawah Duli Sultan. Begitu juga jika Nizar menang kes tersebut, eloknya beliau segera mengadap Sultan mohon perkenan supaya DUN dibubarkan.
Sudah banyak kali saya menulis isu dan tajuk ini, namun saya tidak jemu untuk terus menyentuhnya kerana ianya amat penting demi keadilan kepada rakyat negeri Perak dan menebus nama baik negara dari krisis demokrasi ekoran tindakan liar BN merompak kuasa rakyat dari Pakatan Rakyat yang diberikan mandat memerintah Perak selepas Pilihanraya Umum Mac 2008.

Comments

broooo... said…
BN/UMNO cukup bijak dalam bab menipu.

tujuan kes ini ditunda2 adalah supaya dapat menutup ruang DUN dibubarkan. jika mereka berjaya menangguh kan sehingga penggal PRU12 ini berlalu lebih dari 3 tahun, maka secara automatik perjuangan PR untuk mengadakan PRK negeri akan gagal.

mereka cukup berpengalaman sebagai pemerintah selama lebih dari 50 tahun. ini tidak boleh diketepikan!
prof kangkong said…
kes anwar yang tangguh2 pulak camne...??