MELAKA SYURGA URUT MENGURUT

Melaka boleh dikategorikan sebagai syurga rumah urut apabila dilaporkan terdapat 118 buah rumah urut di negeri ini.

Sebagaimana yang kita sedia maklum tempat berkenaan sering dikaitkan dengan kegiatan maksiat kerana hampir keseluruhan tukang urut adalah wanita dan pelanggannya adalah lelaki. Lebih teruk lagi kebanyakan rumah urut menjalankan kegiatan ‘hiliran’ iaitu khidmat seks.

Diharapkan kerajaan negeri dan agensi berkaitan dapat memantau dan mengambil tindakan segera ke atas semua rumah urut terbabit. Apa yang penting ianya mesti ditutup dan pengusahanya dibawa ke muka pengadilan.

Jika kerajaan negeri gagal bertindak maka jelaslah kerajaan negeri bersekongkol dan menggalakkan kegiatan maksiat ini.

Comments

Ekonomi tak baik , banyak dah tak ada kerja.
Kerja tukang urut bukan nya merompak , bukan tipu dan bukan samun .
Juga bermakna ramai orang melaka yang gila seks atau ramai yang sakit sakit sampai kena urut.

Lesen dikeluarkan ber kilo-kilo , ber kati-kati dan ber guni-guni sebab Rasuah.
Hentikan rasuah dahulu sebelom bolih buat lain lain.