Presiden MCA, Ong Tee Keat semalam menggesa Pelan Perpaduan yang ditaja oleh beliau disegerakan pelaksanaannya.
Nampaknya Ong Tee Keat ini sudah pening lalat. Mulut kata mahu perpaduan tetapi tindakan tidak mencerminkan kata-katanya. Buktinya habis semua orang kuat Liow Tiong Lai dicantas dari Majlis Presiden, hanya Tiong Lai seorang yang tinggal.

Ketua Pemuda dan Wanita, 2 sayap utama parti juga dipecat dari Majlis Presiden. Ini merupakan tindakan luarbiasa yang tidak pernah dilakukan oleh Presiden MCA sebelum ini. Ong lebih brutal dan ganas dari semua Presiden MCA sebelum ini.
Semalam Ong berkata bahawa Pelan Perpaduan Menyeluruh (GUP) perlu dilaksanakan segera.
Katanya, beliau memerlukan pasukan yang menyokong 100 peratus usaha menyatupadukan parti untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Beliau menegaskan, parti itu tidak boleh lagi mempunyai pemimpin yang menentang usaha tersebut terutama mereka yang cuba menganggu pelan yang telah direstui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Kata-katanya dipetik dari blog peribadinya.
Comments
Kalau mca mati maka mic dan umno juga akan ikut bersama.
ekonomi meleset , warga asing berlambak kat chow kit , rasuah dari raja sampai ke pemandu bas , jenayah bertambah ..sila berterima kaseh kepada gerombolan.