KOTA SEPUTEH : MENGAPA BN TAKUT?

BN takut hendak bertanding di DUN Kota Seputeh. Mengapa:-

Jika BN benar-benar kuat mengapa Umno takut. Hari ini Timbalan Ketua Perhubungan Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanifah berkata Umno yakin mampu mempertahankan kerusi tersebut dengan majoriti lebih besar ekoran terdapat petanda pengundi akan kembali menyokong parti itu

Katanya lagi , berdasarkan maklumbalas, sekiranya 40 peratus pengundi menyokong pembangkang tahun lalu, kembali menyokong BN, maka kerusi Kota Siputeh akan dapat dikekalkan.

Namun mengapa Umno/BN beriya-iya merayu supaya keputusan Mahkamah Tinggi baru-baru ini diketepikan,

Isnin lalu Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin, semasa membenarkan semakan kehakiman oleh Abdul Isa, memutuskan kerusi itu kosong berikutan kegagalan Abu Hassan menghadiri dua sidang dewan pada tahun ini.

Bagaimanapun sehari selepas itu, bekas ADUN Kota Siputeh itu memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi tersebut.

Dalam pilihan raya umum yang lalu, calon BN Datuk Abu Hassan Syarif mendapat 8,160 undi, menewaskan calon PAS Ismail Wan Teh yang memperolehi 7,665 undi.

Secara jelas bahawa BN memang takut akan berlakunya Pilihanraya Kecil Kota Seputeh. Sebabnya memang BN gusar dan tidak yakin menang.

Comments

azman kamarul said…
Penakut tak kan mengaku dia penakut..tapi dalam hati punya takut hanya Allah saja yang tahu...
spy rakyat said…
Bancian BN mungkin menunjukkan situasi semasa sekarang ini jika diadakan PRU tidak selamat buat mereka. Makanya peruntukkan undang2 dijadikan alasan. Jika yakin boleh menang mengapa mereka perlu lagi merayu?

http://sesamaislam.wordpress.com
bn bukan takut...
sudah terbukti bn bukan jenis yang tak ada telor..bn minta polis balun rakyat.
bn bukan nya tak ada duit untuk beli pilihan raya atau tak ada duit untuk buat buat jambantan lagi..

yang fening sekali ialah bn dah habis calon yang belom makan rasuah..opss sorii, bukan rasuah tapi komisen .
Boss bn lagi fening apabila si Bala muncul semula.
Ditambah masam lagi bila cukong cukong cina menangis dan buat buat upacara pasang lilin depan Malaysian Cukong Assosiation kat jalan ampang tu.
Dan ini pon belom ketok kepala ular si sami a/l vellu.