KETUA PEMUDA DAN KETUA WANITA TIDAK BERGUNA

Bagi MCA Ketua Pemuda dan Ketua Wanitanya tidak berguna seolah-olah tiada apa-apa sumbangan kepada parti. Sebab itulah Kedua-dua watak penting itu digugurkan dari Majlis Presiden MCA yang amat berkuasa itu.

Hari ini perang dalam MCA kian parah dan ledakannya kian hebat dan terasa. Bahangnya kian panas dan hangat walaupun sekarang musim hujan.

Kedua-dua Ketua Pemuda dan Wanita MCA itu terpaksa menangis mengeluarkan air mata yang berharga merayu ahli MCA supaya hadir pada EGM MCA tajaan kumpulan Liow yang dijadualkan pada 28 Nov ini.

Semakin jelas bahawa Liow akan digugurkan dari kepimpinan MCA kerana orang-orang kanannya seramai 9 0rang semua telah di'pencen'kan dari Majlis Presiden. Kini tiada apa lagi yang boleh dibanggakan oleh Liow. Kedua-dua ketua sayap parti sudah dihumbankan keluar dari Majlis Presiden, beliau sebatang kara dalam Majlis Presiden sekarang.

Adalah lebih baik Liow dan rakan-rakan keluar sahaja dari MCA dan sertai mana-mana parti Pakatan Rakyat. Mereka juga boleh menjadi ahli Kelab Penyokong PAS yang semakin diterima kaum Tionghua sekarang.

Comments

Anonymous said…
kesian kat liow. akibat kurang pengalaman dalam sepak terajang politik mca, orang lain yang bergaduh, dia yang kena main.

Liow ni tak belajar dari mentornya lim ah lek. Masa ling liong sik bergaduh dengan lim ah lek, watak liow dibawa oleh chua jui meng. Tak semena-mena sebab nak pertahan prinsip parti, chua jui meng kena tendang keluar dan sekarang berada dalam pkr.


bat8
prof kangkong said…
sama dgn ketua pemuda dan muslimat pas..