Saya mengharap semua pihak termasuk pimpinan dan ahli PAS bawahan supaya tidak mengungkit lagi isu-isu yang telah selesai seperti isu kerajaan perpaduan dan isu bai'ah. Tidak ada gunanya perkara-perkara tersebut diungkit kerana PAS telah membuat keputusan bahawa semuanya sudah selesai.
Diharapkan semua pihak berdisiplin dan patuh kepada arahan dan keputusan ini.
Jangan kita terperangkap di dalam polemik dan strategi musuh yang sentiasa mencari peluang untuk merobek dan meruntuhkan perpaduan dalam jemaah kita.
Comments
Arahan supaya jangan ungkit pun sebenarnya dikira ungkit juga. Lebih baik diam aja...