Saya menggesa pihak berwajib mesti dipertanggungjawabkan dengan laporan Ketua Audit Negara yang mendedahkan bahawa Program KAFA di Melaka gagal.
Dalam laporan itu Ketua Audit Negara mengjelaskan bahawa :-
- Secara keseluruhannya, program KAFA yang dilaksanakan di peringkat negeri Melaka masih belum mencapai tahap memuaskan. Kegagalan mematuhi garis panduan yang disediakan menyebabkan wujudnya ketidakseragaman dalam pelaksanaan program KAFA secara berkesan.
- Dari aspek tenaga pengajar KAFA, prosedur pelantikan tidak dipatuhi disebabkan tidak mengikut nisbah yang ditetapkan menyebabkan Kerajaan Negeri Melaka terpaksa menanggung perbelanjaan elaun, manakala pengurusan cuti guru adalah tidak mengikut kelayakan yang ditetapkan oleh JAKIM.
- Dari segi pembelajaran pula, kurikulum KAFA tidak mematuhi dasar sistem pembelajaran yang disediakan oleh JAKIM
- manakala dari segi pengurusan kewangannya didapati perbelanjaan menggunakan akaun amanah KAFA tidak mengikut prosedur dan garis panduan yang dikeluarkan oleh JAKIM dan bantuan per kapita yang disalurkan oleh Kementerian Pelajaran tidak dibelanjakan mengikut tempoh dan matlamat pemberian. Selain itu, permohonan bantuan pembangunan dan pembaikan Sekolah Rendah Agama KAFA tidak dirancang dengan baik sehingga bertindih dengan bantuan agensi lain.
Semua pendedahan ini mesti disiasat dengan segera.
Comments