GEMBELENG TENAGA HADAPI MUSUH

Sudah banyak masa kita habiskan untuk menyelesaikan apa yang dikatakan kemelut dalaman parti. Sedangkan kemelut itu tidaklah besar dan kronik, Namun kemelut tetap kemelut dan perlu diselesaikan walau sebesar zarah atau atom sekalipun.

Namun saya yakin semuanya telah selesai dan tidak perlu diungkit lagi. Apa yang penting sekarang mari kita susun saf kita umpama batu bata yang menyokong antara satu sama lain membina suatu binaan yang kukuh dan tidak mampu diganggu gugat serta diruntuhkan musuh luar dan dalam.

Mari kita aturkan segenap ‘resources’ yang kita ada untuk berhadapan dengan ahzab moden yang sentiasa mencari jalan untuk membantutkan perjuangan Islam kalaupun tidak menhapuskan terus obor Islam ini.

Kita tidak mampu untuk bertelagah, berselisih faham, bermasam muka dan berprasangka buruk yang semuanya adalah mainan musuh durjana yang berfikir siang malam untuk merosakkan ukhuwwah dan perpaduan kita.

Mari kita halakan senjata idea, pemikiran, wang ringgit dan tenaga kita kepada musuh durjana sebenar yang bekerja siang malam untuk merosak, menzalimi dan menindas sesiapa yang dianggap musuh oleh mereka iaitu pejuang Islam, pejuang keadilan dan pejuang rakyat.

Mari kita bebaskan rakyat Malaysia dari belenggu pemikiran jahilliyah, kehidupan mementingkan madiyah, matlamat hidup yang caca marba dan meminggirkan Islam.

Mari kita bina satu masyarakat Malaysia yang berpegang teguh kepada Islam, Keadilan, Demokrasi, toleransi, kerjasama dan telus. Bukan masyarakat yang mengenepikan agama, bersifat perkauman, penting diri, tiada matlamat hidup, tidak menghiraukan isu sekeliling, penakut dan pengecut, taat membabi buta dan tiada harga diri,

Mari kita robohkan rangkaian yang memijak Islam, rangkaian penindas dan penzalim yang bongkak dan mabuk kuasa.

Comments

Anonymous said…
no to UG, no to EGM, no to munafiqin