UNDI POS : KEPUTUSAN PRK PARLIMEN TELUK KEMANG BAKAL BERULANG?

Parti lawan BN pernah menang undi pos iaitu pada pilihanraya kecil Parlimen Teluk Kemang melalui calon Parti KeADILan Nasional, Roslan Kassim beberapa tahun lepas. Kalau tidak silap saya, inilah sejarah kemenangan parti lawan BN untuk undi pos. Pada pilihanraya lain dari 1955 hinggalah 2008 dan semua pilihanraya kecil BN menang dengan penuh bergaya.
Entah apa silapnya sehingga di Teluk Kemang Roslan Kassim boleh menang. Mungkin BN 'over confident' agaknya sehingga terlepas pandang. Mungkin kerana mereka yakin calonnya ketika itu Sothinathan boleh menang besar jadi tidak perlulah mereka usik undi pos tersebut.
Namun pada kali ini ramai pihak yakin jika SPR dan Kementerian Pertahanan menjalankan urusan pengundian pos dengan telus, adil, jujur dan professional tidak mustahil PAS akan menang. Ini kerana pada pilihanraya umum 2008 PAS mendapat undi yang agak tinggi iaitu 1189 undi dan BN memperolehi 3080 undi dari undi pos yang dikembalikan. Maknanya PAS mendapat lebih dari 27 % undi pos.

Keadaan inilah yang sebenarnya merunsingkan BN kerana jika PAS dapat mengekalkan undi sebanyak 1189 ini tidak mustahil PAS akan merampas kerusi DUN Bagan Pinang ini.
Ini kerana PR masih berkeyakinan bahawa 70-80% pengundi India dan Tionghua masih mengekalkan sokongan kepada PAS dan PR. Jika kedudukan ini kekal maka BN sudah pasti akan menghadapi masalah.
Itulah sebabnya BN akan memastikan sekurang-kurangnya 90 % undi pos memihak kepada mereka. BN akan menggunakan apa juga cara untuk mendapatkan jumlah 90 % tersebut, samada dengan cara HALAL atau HARAM.

Comments

Anonymous said…
Insyallah pakatan rakyat akan menang sekarang adalah masa kejatuhan BN.