TRAGEDI KUALA DIPANG : MOHON ALLAH SELAMATKAN MANGSA

Saya mendoakan semua mangsa tragedi Kuala Dipang malam tadi diselamatkan oleh Allah S.W.T.

Sebagai seorang ayah saya amat memahami kesengsaraan dan kerisauan mereka tentang keselamatan anak-anak mereka.

Mangsa tragedi tersebut ialah murid-murid sekolah yang mengikuti Program Perkhemahan Satu Malaysia anjuran Kementerian Malaysia yang diadakan di SK Kuala Dipang.

Perkhemahan itu bertukar menjadi satu tragedi yang amat menyayat hati bila mana sebuah jambatan gantung yang melintasi sebuah sungai terbungkar dan roboh menyebabkan beberapa orang murid yang sedang melaluinya jatuh kedalam sungai lalu dihanyutkan oleh air yang dalam dan deras.

Kejadian malang ini berlaku kira-kira jam 10.30 malam tadi ketika para peserta bergerak ke dewan makan untuk makan malam dan pada ketika itu sekumpulan peserta ini melintasi titi gantung yang menghubungkan 2 kawasan tersebut. Lebih kurang 20 orang murid masih belum dapat dikesan. Sebahagian dari murid-murid tersebut ada yang selamat.

Diberitakan jambatan tersebut baru sahaja siap dibina dalam beberapa minggu lepas. Malangnya jambatan tersebut runtuh di mana tiangnya terbongkar dan runtuh.

Mengapa ini berlaku tidaklah saya ketahui. Saya menggesa pihak berwajib membuat siasatan dan membawa kes ini ke muka pengadilan jika berlaku penyelewengan dan kecuaian.

Comments

Anonymous said…
gempa tidak, ribut tidak...jambatannya bagus, baru siap seminggu, kontrektor pun belum dapat bayaran, hairan tiang boleh terbongkar....tuan jurutera berkenaan tengok-tengoklah....