TRAGEDI KUALA DIPANG : MAYAT DITEMUI 2 HILANG

Mayat seorang murid yang lemas dalam tragedi Kuala Dipang malam tadi ditemui pagi tadi manakala 2 lagi dilaporkan masih belum ditemui.
Namun laporan media tidak menyebut nama-nama murid yang masih hilang.
19 lagi murid yang dilaporkan hilang sebelum ini ditemui dalam keadaan selamat.
Polis memberitahu bahawa mayat Dina a/p Nathan ditemui pagi ini kira-kira jam 8.40 pagi manakala 19 yang dikhuatiri lemas adalah selamat.
Kita doakan murid yang hilang akan ditemui dengan selamat.

Comments