TRAGEDI JAMBATAN : DAH TERHANTUK BARU TERNGADAH

Sudah terhantuk baru terngadah (betul ke ejaan tu?). Begitulah tradisi dan budaya di Malaysia. Bila sesuatu tragedi sudah berlaku barulah ada pihak berwajib menjalankan kajian bersungguh-sungguh mengapa tragedi tersebut berlaku. Sedangkan sebelum itu ketika membuat pemeriksaan dan 'approval' kepada sesuatu binaan sedikitpun mereka tidak endahkan spesifikasi dan keselamatan pengguna.
Inilah juga yang berlaku kepada jambatan gantung menghubungkan Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang dengan kawasan perkhemahan.
Apakah sebelum ini tidak ada pihak yang melakukan pemeriksaan?
Apakah sebelum ini Jabatan Pelajaran tidak bimbang dengan keselamatan pengguan jambatan itu?
Semalam barulah terhegeh-hegeh pihak berkenaan hendak melakukan siasatan setelah 3 nyawa melayang. Siapa yang harus dipersalahkan?

Adakah murid-murid yang berlari dan menggoyangkan jambatan itu bersalah?
Bila sudah berlaku tragedi masing-masing menuding jari menuduh antara satu sama lain. Namun mereka yang terbabit masih tidak mahu bertanggungjawab.
Media hari ini melaporkan bahawa kontraktor jambatan gantung yang runtuh di Pusat Kokurikulum Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Selatan, Kuala Dipang, Kampar, Isnin lalu, akan dipanggil menghadap Jawatankuasa Siasatan dalam tempoh terdekat.

Pengarah Pelajaran negeri, Mohd. Radzi Abd. Jabar bagaimanapun berkata, pihaknya masih cuba mendapatkan maklumat lanjut mengenai kontraktor terbabit yang difahamkan bukan beribu pejabat di Perak.

''Saya difahamkan kontraktor yang membina jambatan itu bukan dari negeri ini dan kos bagi pembinaan jambatan itu juga masih belum diperoleh,'' katanya ketika dihubungi oleh Utusan Malaysia di Ipoh semalam.

Beliau diminta mengulas mengenai siasatan terhadap syarikat yang terbabit dalam pembinaan jambatan gantung runtuh di Pusat Kokurikulum Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Selatan, Kuala Dipang di Kampar, Isnin lalu.

Comments