Fahamilah wahai sahabat pencinta perjuangan Islam sekalian. Musuh-musuh Islam amat lega dan gembira jika kita berpecah dan berbalah.
Mereka ketawa besar jika kita bercakaran dan berbantah-bantah
Mereka senyum simpul andai kita berkhilaf dan bertengkar
Mereka cukup gembira jika kita bermasam muka dan berdendam
Oleh itu jangan lagi kita terpengaruh dengan agenda mereka yang menggunakan apa sahaja untuk melemah dan memporak perandakan kita. Mari kita halakan dan gunakan buah fikiran, idea, tenaga, sumber dan apa sahaja yang ada untuk membebaskan rakyat Malaysia dari belenggu kejahilan, kezaliman, kebongkakan serta kebiadapan penguasa yang ada sekarang.
Tidak ada masa untuk kita bergaduh, bermasam muka, berselisih faham, curiga mencurigai dan sebagainya.
Bagi saya sebenarnya isu ini hanyalah mainan politik dan strategi musuh untuk melemahkan kita. Musuh sudah mengaturkan agenda jahat ini sejak mereka tewas teruk pada PRU 2008 dan 7 pilihanraya kecil sebelum ini.
Kini perancangan dan strategi mereka hampir berjaya. Kita terpaksa membuang masa untuk mengadakan mesyuarat khas kalaupun bukan muktamar khas.
Bayangkan berapa banyak masa, wang ringgit, bil telefon, masa dan idea yang terpaksa dicurahkan semata-mata untuk menyelesaikan isu yang remeh dijadikan besar oleh media dan rakan-rakan yang sewaktu dengannya.
Bayangkan berapa banyak masa, wang ringgit, bil telefon, masa dan idea yang terpaksa dicurahkan semata-mata untuk menyelesaikan isu yang remeh dijadikan besar oleh media dan rakan-rakan yang sewaktu dengannya.
PAS Pusat dan Presidennya mesti memikirkan jalan terbaik untuk mengatasi kerja-kerja manipulasi dan eksploitasi musuh-musuh kita ini yang mungkin sudah berjaya meresap sehingga ke dalam kelambu kita sendiri.
Pimpinan mesti mengenalpasti siapa pengadu domba, pengganggu gugat, perintis jahat, penipu dan pengkhianat kepada perkara ini. Mereka ini (jika ada) mesti di bawa ke muka pengadilan (domestik) atau mahkamah jika benar ujud.
Kita tidak mampu untuk membuang masa berfikir untuk mengatasi masalah yang dicipta oleh mereka yang jahat ini.
Bagi saya jika benar 'kabinet' PAS yang ada sekarang tidak 'perform' maka rombakan sahaja dan gantikan dengan orang lain yang mungkin lebih diyakini ahli, penyokong PAS serta rakyat terbanyak.
Kita sudah tidak masa untuk membaikinya dalam masa yang lama. Pilihanraya Umum ibarat 'just around the corner'. Kalau kita asyik bercakaran (akibat fitnah yang dicipta musuh) saya bimbang kita akan terlepas semua negeri yang sedang kita perintah.
Rakyat terbanyak mula sangsi dengan situasi terkini. Mereka mungkin hairan dan mula kendur kepercayaan terhadap PAS akibat 'perbalahan' dalaman ini.
"Kalau gitu PAS dan Umno sama sahaja berbalah sesama sendiri" jelas salah seorang kawan saya yang mengaku tidak menyokong mana-mana parti.
"Tok Guru pun lawan Tok Guru??? Macamana ini?" tambahnya lagi.
Oleh itu PAS mesti mencari penyelesian terbaik terhadap isu remeh ini tetapi dianggap besar oleh rakyat yang memerhatikan perkembangan PAS dan PR. Silap langkah mereka berpaling semula kepada Najib.
Itu yang Umno mahu!!!!!!!!!!!!!!!
Comments