TIADA APA LAGI YANG TINGGAL PADA UMNO

Umno sudah tidak ada apa-apa lagi yang boleh dibanggakan.
1) Pemimpin - ramai yang terlibat dengan rasuah. Calon pilihanraya pun calon rasuah. Pemilihan Umno penuh dengan rasuah. Pemimpin Umno yang menang ramai yang rasuah,
2) Islam - telah lama dikesampingkan. Hukum Islam dipersendakan. Huduh dicaci di hina. Aurat yang wajib dalam Islam dipermainkan. Ketua Wanita, puteri dan ramai pemimpin tidak tutup aurat. Islam hanya setakat doa makan, mula majlis, nikah kahwin cerai berai dan lain-lain
3) Melayu - sudah lama diterajang. Tanah orang Melayu semakin kurang. Bahasa Melayu dipinggirkan. Jumlah kerusi Parlimen dan DUN Melayu dikurangkan (persempadanan pilihanraya dimanipulasi).
4) Ekonomi - ekuiti orang melayu semakin susut. DEB gagal, yang kaya pemimpin Umno dan kroni-kroninya.
5) Pendidikan - Biasiswa untuk bumiputera ditiadakan yang ada pinjaman itupun kena interest.
Apa lagi yang ada pada Umno dan pemimpinnya. Maka Umno/BN wajib ditolak di Bagan Pinang.

Comments

Anonymous said…
ada la sofi..ko ni buta atau buat2 buta?...yang terconggok jadi PM tu sape? bukan org UMNO ke?...
yang melalak macam anjing tu sape?...bukan pembangkang macam korang ke?
Anonymous said…
melayu sudah lama diterajang?...halo sofi melayu PAS je sekarang yang kene teranajang dan dipijak oleh DAP...melayu UMNO steady je
MC_Shaharul said…
sape terajang sape?tgu pru ke 13 kami student luar akan terajang umno beramai2 ok...
Anonymous said…
hekeleh...kita tengokla...ko ingat aku heran sgt ke ko pelajar luar...ingat bagus sgt ke? piiiiirah mabuk....