TERKINI SIDANG DUN PERAK : DEMOKRASI DIBENAMKAN

Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin dalam sidang akhbar beliau sebentar tadi menyatakan bahawa :-
1) Demokrasi telah dibenamkan di Perak apabila ADUN PR dihalang untuk masuk ke DUN oleh Polis.

2) Kejadian tersebut adalah suatu ancaman sedangkan ADUN PR hadir berdasarkan notis dari Speaker yang sah.

3) Kekecohan berlaku adalah disebabkan tindakan pihak polis dan bukannya ADUN PR.

4) Nyawa YB Sivakumar terancam dan terjejas kerana beliau dicekik dan dihalang dengan keras.

5) Beliau menggesa Menter Keselamatan Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein meletakkan jawatan kerana tindakan biadap Polis hari ini benar-benar mencemar institusi polis.

6) Beliau kesal kerana ADUN-ADUN PR dihalang dengan peraturan yang melampau termasuk tidak boleh membawa masuk kamera.

7) Hari ini telah terkubur demokrasi di Perak.


Comments