10.05 PAGI TERKINI DUN PERAK : SPEAKER DIHALANG MASUK DEWAN

Seperti yang saya jangkakan Speaker DUN Perak YB Sivakumar cuba dihalang oleh polis dari memasuki DUN Perak . ADUN lain dihalang. Berlaku tolak menolak antara ADUN dan Polis.

Semua ADUN PR dan Speaker Sivakumar mundur ke belakang apabila di halang oleh polis.

ADUN PR cuba sekali lagi ke lif untuk masuk ke dalam dewan dan sekali lagi dihalang oleh Polis, berlaku pertengkaran, akhirnya semua ADUN dibenarkan masuk kecuali YB Speaker.

Terbukti bahawa BN telah menggunakan Polis untuk menghalang demokrasi.



Comments