TERKINI DUN PERAK : SIVAKUMAR TANGGUHKAN SIDANG

Speaker YB Sivakumar menauhkan sidang DUN pada jam 11.05 pagi tadi.

Sebelum itu Dewan meluluskan usul memberhentikan semua program Khidmat Negara dan semua perkhemahan bagi murid-murid sekolah. Usul tersebut dibentang oleh YAB Menteri Besar, Mohd Nizar Jamaluddin.

Selepas membentangkan usul tersebut YAB Nizar berucap menyentuh laporan Ketua Audit Negara yang melaporkan bahawa pentadbiran Nizar telah berjalan dengan baik dari segi pengurusan kewangan.

Nizar mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ketua Audit Negara dan semua jabatan-jabatan kerajaan.

Sidang akan disambung kembali selepas ini.

Comments