Saya menggesa SPR menangguhkan Pilihanraya Kecil Bagan Pinang yang dijadualkan 11 Oktober ini selagi Daftar Pemilih yang akan digunakan nanti tidak bersih. Tidak ada gunanya pilihanraya itu diadakan andainya ia tidak telus dan adil.
Daftar Pemilih merupakan satu-satunya medium yang sangat penting kepada setiap pilihanraya. Andai integritinya dipersoalkan maka sewajarnya SPR menyiasat dan menyelesaikannya sebelum Pilihanraya dilaksanakan.
Hari ini PAS berjaya mengesan kira-kira 200 orang yang dimasukkan dua kali dalam daftar pemilih, termasuk menggunakan kad pengenalan tentera, pada pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang.
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat mendakwa daftar pemilih tersebut berpotensi tidak bersih di mana kira-kira 200 nama pengundi didapati berganda.
Terdapat (kemungkinan) nama pengundi di dua tempat. Mereka ini ada kad pengenalan tentera dan ada kad pengenalan awam.
Sehubungan itu, tambah Suhaizan, rombongan pemimpin PAS yang diketuai oleh naib presidennya Salahuddin Ayub dan setiausaha agungnya Datuk Mustafa Ali akan membangkitkan isu itu dalam pertemuan dengan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof di Putrajaya esok.
Sekali lagi saya menggesa SPR menangguhkan pilihanraya kecil ini sehinggalah daftar pemilih yang akan digunakan kelak benar-benar bersih dari sebarang keraguan.
SPR mesti melaporkan kepada rakyat mengapa perkara ini berlaku dan apa tindakan yang SPR ambil bagi mengatasi masalah ini.
Comments
Belum terlambat, kalau SPR bukan kuda BN, maka mereka patut setuju.Saya yakin pehak tentera bersetuju kerana perubahan di buat walaupun dalam masa yang sengkat tidak akan membebankan mereka.