Saya mengucapkan takziah kepada sahabat-sahabat yang ditimpa musibah sehari dua ini. Antaranya :-
1) Ibubapa murid-murid yang ditemui meninggal dunia kerana lemas dalam tragedi jambatan runtuh di Kuala Dipang, Perak.
2) 50 penduduk Kampung Kalansanan, Kota Kinabalu yang hilang tempat tinggal apabila rumah mereka musnah dalam kebakaran awal pagi semalam.
Saya mendoakan mereka semua bersabar dengan ketentuan Allah ini. Kepada sahabat-sahabat yang tinggal berdekatan ziarahlah mereka, berikan dorongan dan semangat untuk mereka meneruskan kehidupan di atas muka bumi Allah ini. Jika ada rezeki hulurkan sedikit derma untuk meringankan beban mereka.
Comments